Wednesday, September 30, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam buat semua...
Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua. Hampir sebulan dah tak update blog ni. Bukan apa cuma sibuk sikit...Anyway, raya tahun ni memang syok. Syokkk, sebab dapat cuti panjang. Dekat 9 hari cuti. Cuma yang tak syoknya satu jerrrr, lagi lama cuti maka lagi cepat lah duit gaji lesap tanpa berjaya dikesan kemanakah arah alirannya...takpa la, duit boleh dicari tapi hati2 yang gembira sukar dijual beli...

Tahun ni tema colour purple pink. Raya bertiga lagi tapi insyaAllah raya tahun depan berempat la pulak..hehe. Tak sabar rasanya nak menunggu kehadiran seorang lagi hero yang bakal mengisi keindahan dan kecerian keluarga yang telah dibina ni. Memandangkan yang bakal dilahirkan pun hero jugak alamatnya makin bertambahlah bilangan beskal depan umah nanti..haha

Yang ni pulak tak lain dan tak bukan la..panglima cangkui no 1 aku lerrr merangkap bakal partner rider kayuh beskal 5 enam tahun lagi. Raya ni dia la yang paling syok. Tak abeh2 dengan jam BEN 10 nya..

Masa raya ketiga sempat gak la pergi menziarahi sanak sedara di penang selepas penat macam nak pengsan melayan para tetamu yang bertandang ke rumah pada raya kedua. Ustaz aku kata, lagi ramai orang datang lagi banyak la rahmat yang di bawa bersama. Seronok betul bila dapat bertemu sanak sedara. Lepas je ke rumah sanak sedara masa raya ketiga tu sempat gak lagi bawak wife berdating bersama mak, ayah, adik serta panglima cangkui aku tu ke PADANG KOTA LAMA. Lama sungguh tak pi pekena pasembor kat situ yang harganya boleh mencecah RM 20 ke RM 50 sepinggan. Kuat sungguh mamak2 penang ni sembelih orang..hehe

Bersama isteri tersayang di padang kota lama. syok gak dating2 raya2 ni...

Raya ke 7 lak lepas je p kenduri di sungkai saja buat gila pi Cameroon Highland bawak orang tua. Syok tengok lepa releks2 sambil menghirup udara yang segar. So, secara kesimpulannya, raya tahun ni memang raya sakan la....

Ibunda dan Ayahda semasa di Bharat Tea.

Anyway, minggu ni dah mula bekerja dan bermula lah dunia yang sebenarnya. Hidup mesti diteruskan, kerja mesti dilaksanakan dengan sebaik2nya serta basikal harus terus di kayuh setelah sebulan berhabuk dalam stor. hehe...minggu ni target no buat syawal ride ngan member2. Main road je la kot...ambek angin dulu. Kayuh dekat2 n "ser low2" dulu. Last but not least, blogger sekali lagi nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Slamat hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin.

" ride for fun and lets enjoy the nature" ...........