Wednesday, November 18, 2009

Beskat Dolu2 ( Old School Bicycle )

Salam....
Tengok gambar beskat dulu2 dalam google image macam menarik jerr. Tu yang saja nak post gambaq dia tu. Macam mana la kalau beskat ni kita pakat guna main offroad...mau tergolek dog jatuh dalam gaung...haha


Anyway, to MR. Duang CONGRATULATIONS sebab berjaya mendapat tempat ke 14 dalam Gopeng Peanut Search ( GPS ) baru2 ni. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan dari kami geng2 RADIAL MTB yang baru setahun jagung berkecimpung dalam dunia MTB ni. To Mr. Nasir lak jangan bersedih, lepas ni kita tranning kuat2 untuk next jamboree. Kita ikat Anjing sekor belakang beskal comfirm kita boleh kalah kan MR. Duang nyer...haha....

Nelayan Kolam Bayaq Siri II

Salam....
Memandangkan seminggu dua ni hari2 hujan lebat pada waktu petang di sekitar Gopeng, maka aktiviti kayuhan aku asyik tertunda jer...basikal pun sampai naik berabok dalam stor...duduk rumah pun boring gila sebab my lovely wife and sons semuanya berpantang dikampong. Mati kutu siot bila dok rumah sorang2. Kalau ada anak boleh la jugak layan telatah dia yang semakin aktif tu...Jadi untuk mengelakkan rasa BORING tahap cipan kat rumah maka sekali lagi aku bertukar menjadi nelayan Kolam bayaq kat sini. Dah dua malam aku dok bertapa kat kolam tu. Malam petama berjaya aku daratkan ikan rohu hampir 2 kilo lebih. Malam semalam pulak memang syok sebab patin yang telah menjamah umpan. Menjerit rod pancing aku bila patin bawak lari tali...patin la ni pun dah pandai macam mat salleh dah. Umpan pun nak roti Gardenia jer...ni dia gambaq ikan2 yang berjaya didaratkan...

Ikan Rohu yang berjaya di daratkan malam pertama.

Patin yang telah memberikan sentapan liarnya semalam...syok dan puas layan ikan ni...


# Bila la nak boleh layan kayuh beskal balik ni kalau hari2 asyik dok hujan aja...

Friday, November 13, 2009

Meninjau Ke Earth Camp Gopeng

Salam...sempena Gopeng Search Peanut (GPS), blogger berserta MR. Nasir n MR. Duang pun pergilah meninjau keadaan trek di situ....bukan apa, sebab dah lama sangat kami tak masuk main area Gua Tempurung ni. Cuma kali ni aku tak pergi ngan beskal, tapi pergi dengan Jentera HONDA EX lima aku jer...nak try cari trek2 baru. Mr Nasir n Mr Duang pula berbasikal ke sana. Dengan dari gaya kayuhan lepa kalau aku join petang tu mahu 18 tiang lepa ni tinggalkan aku. Nak buat macam mana, bila terpaksa berehat panjang setelah orang rumah bersalin ni memang stamina confirm out nyerrrr. Kat bawah ni ada aku sertakan sedikit sebanyak gamba yang sempat di snap petang tu...

Ini dia pemandangan sungai sebelum sampai ke Earth Camp... Sungai kat Area kampung Chulek. Sg ni la yang telah meragut 3 nyawa budak2 sekolah yang heboh dalam berita ari tu. tapi bukan dekat gamba ni la. sungai yang tu area depan lagi. dah masuk area sungai Kampar.


kat abawah ni adalah sekitar area EARTH CAMP tempat GPS akan dijalankan. Sedihnya bila tak boleh join GPS. Nak Buat macam mana. Anak bini lebih penting time2 ni. Kayuh beskal ni bila2 pun boleh...






Antara jejantas yang dilalui petang tu. lepas je jejantas ni terus kami melalui Kampung Jahang sebelum di pelawa makan rambut oleh makcik2 kat situ. rezeki jangan ditolak. kami belasah je makan dalam hujan2 petang tu...then sampai umah dah dekat pukul 7.30 malam. Bila kena ujan Tambah dengan pekena rambutan malam tu terus rasa nak demam. anyway, enjoy gak join lepa ptg tu. Tak sabaq rasanya nak start kayuh balik beskal....kadang2 tidoq malam pun dok mimpi kayuh beskal....PUNGGAH............