Tuesday, February 2, 2010

ULU GEROH

Tm: 2.55.41
Dst: 37.27
Av: 12.7
Mx: 42.5
Cal: 414.4

Cyclist: Ajim (leader), Mael, Nasir, Duang aka ajie dan DR. Shah Jahan (new member)

Salam...kali ni kami bercadang kayuh ke Ulu Geruntum....tapi bila mapping balik rupanya kami sampai ke Ulu Geroh...Ulu Geruntum main road je..tapi kami dengan adanye Ajim, dia bawak jalan offroad....rider dulu cakap jalan ni Ulu Geruntum..mana2 la....apa2 pun this is the first track aku kayuh panjang gila single tracknya...berbatu dan susah nak cerita..kalu nak tau, kayuh sendiri di track ni hahaha..memang syok memang layan.....

Berkumpul sambil bersarapan di kedai Mohamad Rafi, sambil cerita sikit trak jenis apa yang nak lalu ni..


Kayuhan bermula melalui bangunan lama di pekan Gopeng, ikut bawah hinghway PLUS ke Kg. Jelintoh

Aku kembali berkecimpung dalam MTB selepas berehat lama, pancit siotttt..

Berhenti sebelum meneruskan perjalanan offroad


Offroad bermula

DR. Shah Jahan. Ahli Radialmtb yang baru. Stamina memang tip top walaupun 1st time join team kami..Berhenti alas perut..memastikan sentiasa bertenaga untuk meneruskan kayuhan

Tiba di jambatan yang telah dilebarkan...kalau dulu motosikal je la boleh lalu...kali ni kenderaan 4 roda sudah boleh lalu, dibawahnya terdapat sungai yang jernih...ketika ini kami sudah hampir tiba ke kawasan perkampungan orang asli...

Kami berhenti di kawasan Kg. Orang Asli sambil bergambar...masing-masing ceria menikmati keindahan alam semula jadi...masa ni aku teringat zaman kecik2 dulu duduk di kampung..masa tu jalan berturap pun takde lagi... Kayuhan kali ini nasir menjadi mangsa pacat...2 kali dia kene..sedar-sedar je berdarah...kira buang darah kotor je la..heheheh



Antara single track yang terbaik aku pernah aku main. Memang layan gila terutamanya masa downhill. Kalau jatuh kompom teruk sebab trek dia berbatu2 sikit.

Ini dia gambar yang sempat nasir ambil...single track yang mencabar... rugi nasir tak dapat ambil video akibat daripada lupa nak charging bateri huh! ... hanya dapat snap mana yang dapat je.. track ni menuju ke empangan lama yang digunakan untuk menyalurkan air membersihkan bijih timah...

Ini dia empangan yang aku kata tadi...aku belum lahir lagi dah ada..dekat sini walaupun cahaya matahari sudah naik...masih sejuk udaranya...

Siapakah lelaki misteri itu....jangan biarkan diri anda diselubungi miscall...haha

Apalagi..mandi time...sejuk gila air dia...macam air ais... sungai yang masih dara la katakan...

Perjalanan pulang...dihidangkan dengan downhill yang technical...sapa silap masuk gear tak naik la kayuh naik bukit hahahaha...

Dan akhirnya kami berhenti di roundbord pekan Gopeng...menikmati cendol pulut dan Ais Batu Campur..perg!! nikmat giilaaaaa...

Travel fork aku 100mm hampir habis digunakan ..nasir lak ada baki sebab fork dia 140mm.
Kesimpulannya track ni memang best...rugi kalau hangpa tak mau layan trek ni. Lain kali kami mesti repeat balik track ni....puaihhhhhh orang kedah kata...haha

Sekian, Salam.........


***Dicedok dan diubah sikit2 dari blog kami radialmtb...

2 comments: