SALAM...
Hampir 2 tahun lebih emosi terganggu dan hampir dua tahun lebih jugalah aku sunyi dari mana-mana kayuhan. Bukannya apa, semuanya gara-gara terlibat dengan kemalangan jalan raya yang akhirnya berkesudahan dengan tragedi yang MENYAYAT HATI...tragedi aku terpaksa melepaskan MERIDA kesayangan aku kepada seorang rakan MTB di sini bagi menampung kos total lost kereta aku. Orang punya pasal kita yang menderita. MAnGkOk HaYun betoi orang yang langgar aku hari tu ( sori bahasa kasar sikit). Disebabkan sikap pemanduan yang bahlol dan membabi buta, laju macam pelesit, jahanam kereta aku. Apa-apa pun aku bersyukur kerana kami sekeluarga masih diberikan ALLAH S.W.T peluang untuk terus bernafas dan bernyawa di bumi yang fana ini...
Alhamdulillah juga dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan akhirnya boleh juga aku membeli sebuah basikal GIANT bagi meneruskan minat yang aku rasa tak sia-sia ini dalam dunia mtb ni. Hajat dihati nak tangkap GIANT XTC tapi bajet ciput je..Ambek GIANT TALON 0 pun jadilah. Ada Modai lebih nanti ganti frame XTC. Mudah-mudahan badan semakin sihat, jiwa semakin kental dan emosi semakin stabil dalam meneruskan hobi ini. Anyway bila lama tak kayuh dan nak start balik ni memang pancit gila...kayuh 10km pun dah rasa macam nak tercabut lutut..haha.
Jamboree terdekat adalah di batu gajah hujung bulan ni. Kalau boleh completekan 40km++ tu pun aku dah anggap kejayaan peribadi dah..hehe. Jangan pengsan tengah jalan dah la..Semoga hobi yang diteruskan ini akan terus berkembang demi kesihatan yang ideal...( ayat semangat ni..haha).
Sekian, wassalam...
Friday, March 9, 2012
Tuesday, February 2, 2010
ULU GEROH
Dst: 37.27
Av: 12.7
Mx: 42.5
Cal: 414.4

Berkumpul sambil bersarapan di kedai Mohamad Rafi, sambil cerita sikit trak jenis apa yang nak lalu ni..



Kayuhan bermula melalui bangunan lama di pekan Gopeng, ikut bawah hinghway PLUS ke Kg. Jelintoh


Aku kembali berkecimpung dalam MTB selepas berehat lama, pancit siotttt..
Av: 12.7
Mx: 42.5
Cal: 414.4
Cyclist: Ajim (leader), Mael, Nasir, Duang aka ajie dan DR. Shah Jahan (new member)
Salam...kali ni kami bercadang kayuh ke Ulu Geruntum....tapi bila mapping balik rupanya kami sampai ke Ulu Geroh...Ulu Geruntum main road je..tapi kami dengan adanye Ajim, dia bawak jalan offroad....rider dulu cakap jalan ni Ulu Geruntum..mana2 la....apa2 pun this is the first track aku kayuh panjang gila single tracknya...berbatu dan susah nak cerita..kalu nak tau, kayuh sendiri di track ni hahaha..memang syok memang layan.....
Kesimpulannya track ni memang best...rugi kalau hangpa tak mau layan trek ni. Lain kali kami mesti repeat balik track ni....puaihhhhhh orang kedah kata...haha
Sekian, Salam.........
***Dicedok dan diubah sikit2 dari blog kami radialmtb...
Subscribe to:
Posts (Atom)