Friday, March 9, 2012

DUNIA MTB KEMBALI MENYINAR...

SALAM...

Hampir 2 tahun lebih emosi terganggu dan hampir dua tahun lebih jugalah aku sunyi dari mana-mana kayuhan. Bukannya apa, semuanya gara-gara terlibat dengan kemalangan jalan raya yang akhirnya berkesudahan dengan tragedi yang MENYAYAT HATI...tragedi aku terpaksa melepaskan MERIDA kesayangan aku kepada seorang rakan MTB di sini bagi menampung kos total lost kereta aku. Orang punya pasal kita yang menderita. MAnGkOk HaYun betoi orang yang langgar aku hari tu ( sori bahasa kasar sikit). Disebabkan sikap pemanduan yang bahlol dan membabi buta, laju macam pelesit, jahanam kereta aku. Apa-apa pun aku bersyukur kerana kami sekeluarga masih diberikan ALLAH S.W.T peluang untuk terus bernafas dan bernyawa di bumi yang fana ini...


KuDa TuNgGangAn baru kawe..hehe...

Alhamdulillah juga dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan akhirnya boleh juga aku membeli sebuah basikal GIANT bagi meneruskan minat yang aku rasa tak sia-sia ini dalam dunia mtb ni. Hajat dihati nak tangkap GIANT XTC tapi bajet ciput je..Ambek GIANT TALON 0 pun jadilah. Ada Modai lebih nanti ganti frame XTC. Mudah-mudahan badan semakin sihat, jiwa semakin kental dan emosi semakin stabil dalam meneruskan hobi ini. Anyway bila lama tak kayuh dan nak start balik ni memang pancit gila...kayuh 10km pun dah rasa macam nak tercabut lutut..haha.

Jamboree terdekat adalah di batu gajah hujung bulan ni. Kalau boleh completekan 40km++ tu pun aku dah anggap kejayaan peribadi dah..hehe. Jangan pengsan tengah jalan dah la..Semoga hobi yang diteruskan ini akan terus berkembang demi kesihatan yang ideal...( ayat semangat ni..haha).

Sekian, wassalam...


5 comments:

  1. takpe, yg pnting semangat...btw, sy pn main mtb, kalo boleh, misscall sy, 013 4213250...sy pon join bt gjah jamboree...famy...

    ReplyDelete
  2. Mana lagi best antara Meridia dengan Gant?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    untuk makluman tuan XG Adventure dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya akan mengadakan PUTRAJAYA MTB JAMBOREE pada 1 dan 2 Disember 2012. Kami dengan ini menjemput pihak tuan dan rakan untuk memeriahkan program tersebut. untuk maklumat lanjut boleh layari http://xgadventure.blogspot.com/ atau juga di FB https://www.facebook.com/events/167748800025788/. jumpa anda di sana!!!!

    sekian.

    ReplyDelete
  4. Salam, boleh komen skit talon 0 ni best tak?

    ReplyDelete
  5. SAYA NAK JUAL GIANT TALON 2...RM 2500 SEKALI NGAN AKSESORI.BULEH CALL SAYA NIZAM 0125405448.LOKASI IPOH.

    ReplyDelete