Monday, July 27, 2009

MERIDA test ride @ WATERMELON test ride...

It's another Saturday again. Biasa lah nak mengisi masa hujung minggu...hari Sabtu geng2 radialmtb memang dah khaskan untuk Riding Day. Hari Ahad lak bini n anak2 day. lagi pun kayuh ahad ni kadang2 tak sempat nak recover letih berkayuh tu. Tup2 isnin dah keja. Mula la jadi baloq liat nak pi keja orang kedah kata.

Malam sbtu ari tu ada Abang Mat Noor call ajak join team dia kayuh lagi. tapi minggu ni aku dah plan ngan nasir awai2 lagi nak main road ja. Sorry la Abg Mat Noor sebab kami tak ajak mai gopeng. Bukan apa, kami saja je nak kayuh main2 n happy2 minggu ni. Saja ja nak layan bukit2 kat area batu gajah ni. trek ni sunyi sikit n kereta tak berapa banyak. Memang sesuai la kalau nak kayuh beskal. Route ( gopeng > batu gajah > bemban > gopeng )

Ride kali ni sebenarnya bukan apa...just nak entertain nasir try beskat baru dia laaa..kawan dok tengah syok dapat frame n fork baru..Sekarang ni tido pun asyik dok mimpi kayuh beskal je dia kata. Welcome to MERIDA club bro...hehe...Basikal lama dia GTS merangkap janda berhias aku dia dah let go kat Zuwairi dah. Jual dalam erti kata sedekah kat membe2. RM 1k complete bike. Yang penting KAUM yang menggemari dunia beskal bertambah...rugi pun takpa demi menyumbang kepada perkembangan sukan berbasikal negara dan gaya hidup yang sihat...(macam ayat orang2 politik jerrr) haha...

Pagi ni kami start kayuh awal gak la...7.30 pagi tayar dah start bergolek. badan pun rasa sedap je dapat hirup udara segar pagi2 hari ni. Asal penubuhan Radial mtb ni pun bukan apa, just nak kayuh suka2 n enjoy the nature disamping menjaga kesihatan je..tapi bila dah start main mtb rasa syok lak. Semua tempat rasa macam nak p. tambah2 kalau ada offroad yang syok2.

Trip pagi ni orang yang paling bersemangat tentu lah tak lain dan tak bukan. Sedara MR. NASIR kita la...Kawan dan abeh dekat RM 5k++ dah dok buat beskal ni..kalau tau kat geng2 officemate kami ke students2 kami ke tentu lepa kata kami ni gila. Beli beskal sampai ribu2. baik pakai motosikal ja. Badan pun tak penat. Tapi hampa tak tau, penat2 kayuh punya pasai la baru2 ni aku p cek blood presure aku dok turun maintain area 80/110 je. Penat yang berbaloi. Penat yang menjanjikan kesihatan jantung yang sempurna...bukan apa, hidup ni kalau boleh teringin la nak sampai boleh tengok cucu2 dulu. Biar la panjang sikit umur tu hendakNya..

Aku tengok memang lain macam gaya kayuhan nasir pagi ni.. macam pro, relex je dok maintain cruise 30km/h. Al- maklumlah beskal baru. Letih gak aku nak ikut dia...Dia kata syok dapat pakai MERIDA TFS 900 ni...aku leh buat satu le kesimpulan bila berkayuh ni, kalau nak laju, beskal mesti power n mental mesti positive. Bila dari awai2 kayuh lagi dok kata beskal syok, memang mental akan setkan syok jeer. tu yang kayuh berdesup je perginya. Penat pun hilang...Aku ingat lagi mula2 nasir kayuh beskal ngan aku. masa tu dia pakai janda berhias aku GTS la . Kenapa aku panggil janda berhias, sebab aku sempat ride 2 kali je ngan beskal tu. Tu pun 2 kali onroad ke kolej aku. tak sampai 35km. Terus aku jual kat dia sebab aku bought wrong size. Naik rasa tak berapa sedap sebab tak sesuai saiz..masa tu kalau main road je kompom aku tinggai dia empat lima tiang..tapi bila pakai Merida ni dia pulak nak tinggai aku lima enam tiang. nasib la aku leh gak ikut dia.. kalau tak mahu dia gelakkan aku sekarang ni..


Kami kayuh melalui pekan Gopeng sampailah ke Kellie's Castle. Masa kat sini masing2 pakat dok stand by sebab lepas je bukit dekat situ selalunya akan ada dua tiga ekor anjing yang akan menyambut kehadiran kami. Waktu ni la yang selalunya nasir akan jadi Rider yang paling laju..sampai duang slalu kata la..Nasir ni kalau nak laju senang je..Ikat je anjing sekor belakang dia comfirm dia boleh belah 60km/h nya..haha. Tapi nasib kami baik kali ni, anjing2 tu buat dont know je kat kami.


Kami sempat gak snap gambaq sign board menghala ke lumut lepas layan bukit area Kellie's Castle tu. Masuk je ke highway baru batu gajah - lumut tu bermulalah bukit yang tak seberapa tinggi untuk didaki..kat sini kami snap lagi dua tiga keping gambaq pagi tu.. aku syok ride kat sini sebab pemandangan lombong2 dia kira boleh tahan la...sejuk mata memandang. ni la gambaq2 yang sempat kami snap




Inilah antara bukit2 yang ada di sekitar Batu Gajah. Trek onroad favourite kami...

LOMBONG2 YANG MENYAJIKAN PEMANDNGAN INDAH

Sampai je ke bemban aku berpatah balik ke pekan batu gajah. tup2 nampak gerai orang dok jual tembikai. Apa lagi, berhenti la balun tembikai dulu sebijik..nampak macam kecik, tapi nak menghabiskannya macam boleh main gendang perut aku dipenuhi air dari buah tembikai ni..Kenyang n hilang rasa penat kayuh pagi tu..kayuh nya tak seberapa, makannya yang lebih.


MERIDA vs WATERMELON


Antara tembikai2 yang telah menjadi korban...


Tengah dok melantak tembikai kat simpang Bemban. Memang sedap hanya RM2.50 sebijik...

MR. NASIR BUAT MALU2 KUCING DEPAN GERAI TEMBIKAI

kami teruskan kayuhan untuk breakfirst kat pekan batu gajah. sampai je kat situ, kedai roti canai fovourite kami tutup la pulak. Try la makan koew tiau goreng kat sebelah tu. tak kusangka2 kedai yang kami dok ingat tak sedap tu layan gak koew tiau goreng dia. kalau naik keta mau aku tambah lagi sepinggan.

Masa ni hanya nampak beskal2 kepenatan. Tuan2 beskal dok tibai kuew tiau goreng

Ni dia Kuda Tunggangan Kesayangan Mr. Nasir.
MERIDA TFS 900 BLack riDer

Yang Warna merah tu pulak BeLALaNg TeMPur aku...

Hampir 45 minit lepak kat kedai tu kami pun meneruskan kayuhan balik menghala ke Kellie's Castle dan seterusnya pekan gopeng. Ni la gambaq Kellie's Castle masa perjalanan pulang. Nasir aku tengok dari mula kayuh sampai dah nak kayuh balik dok tersenyum riang mengenangkan beskal baru dia..memang berbaloi nampak gaya pelaburan untuk beskal yang dia buat tu kot. Sebab tu la sampai ke sudah kawan dok syok senyum sampai ke telinga...haha.

Kat belakang tu la Kellie's Castle. Lepa kata kat sini orang rajin gak nampak benda pelik2. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...


Kami sampai kat rumah tepat jam 11.30 pg. aku tengok meter beskal aku, pagi ni kami kayuh dalam 50km. Jadilah dapat kayuh main2 sambil enjoy2. Yang penting ada peluh yang di buang dan ada hati yang gembira...

***Hanya 2 rider radialmtb yang ada minggu ni. Yang lain semua pakat balik kampung sebab KOlej kami cuti mid sem 2 minggu..Selamat bercuti kepada semua rider . Duang mu jangan lupe bawak balik kepok lekor yang aku pesan. Bini aku yang mengandung merangkap aku sendiri dok mengidam sgt nak makan kepok lekor Terangganu...nanananana ganu kiteeeeeeeeee....

1 comment:

  1. "demi menyumbang kepada perkembangan sukan berbasikal negara dan gaya hidup yang sihat"

    Ayat mahal ni. Sama mahal dengan harga Merida hangpa. Hahaha.

    ReplyDelete