Wednesday, October 14, 2009

TOURING vs KEIRIN

Salam...

Tadi sempat gak sekejap singgah kat kedai beskal lama yang ada kat pekan ipoh ni. duduk tak duduk tokei kedai tu telefon suruh mai tengok beskal MERIDA 2010. harga boleh tahan gak. tak lah mahai sagat. part yang dia pakai pun ok2 gak. cuma setakat pi tengok je la. nak beli yang baru tak kot. aku dok sayang lagi kat kuda tua aku tu, MERIDA TFS 300 yang aku dah upgrade sikit2 sampai dah jahanam duit aku ribu riban tahun lepas demi kerana satu kepuasan mengayuh beskal. haha

Anyway, benda yang paling menarik hati aku sepanjang berada dikedai Paul tu bukanya beskal baru dia sangat. yang paling menarik perhatiaan aku adalah kehadiran seorang kaki touring (BRO GHAFAR) ke kedai Paul tu. sempat gak la aku sembang ngan dia. sembang2 punya sembang dia habaq kat aku esok dia nak kayuh pi siam lak, tu yang datang tukar tayar dan tiub baru tu. menurut beliau sebelah semenanjung Malaysia ni dia dah round 2 tiga kali dah sepanjang berkecimpung dalam dunia touring ni. kuat sungguh geng2 ni kayuh beskal...

Blogger bersama BRO GHAFAR the touring man...

Walaubagaimanapun, aku melihat perkembangan beskal tanah air ni kian pesat membangun. tambah2 lagi dengan muculnya jaguh bertaraf dunia seperti Mohd Azizulhasni Awang sekarang ni, maka dunia beskal ni kian meriah. kian mendapat perhatian ramai. sehinggakan aku lihat makin ramai kanak2 sekolah dalam umur 8 ke 9 tahun dok make up beskal lepa dalam taman aku. tak kurang jugak yang petang2 dok lawan race sesama mereka dalam taman ni. hehe

the pocket rocket man

Apa2 pun semua ni merupakan perkara yang amat positif untuk proses perkembangan dan pembangunan sukan beskal di Malaysia tak kira lah dalam displin apa yang kita semua ceburi samaada MTB, road bike, touring or track cycling. apa yang pasti semuanya memerlukan peluh yang perlu di korban untuk menjamin kesihatan pada masa hadapan. heeeheeee...


Teringat zaman mula2 berkecimpung dalam dunia MTB ni...
Align Left

No comments:

Post a Comment