Tuesday, June 16, 2009

Off Road Gua Tempurung (mAlaNG tAk berBau) heheh...

its another good day..last week we went for another lepas geram time to the gua tempurung off road trip. this time radial mtb team and i just nak bawak our new team mate to try the route. kali ni 4 orang je kayuh ( nasir, wang, adi (beginner's) and me)


lama tak main off road ni bila layan rasa nak semput gak mula2 tu. tapi bila tgk adi yang beginner pun kayuh laju macam pelesit terpaksa la control macho. buat2 tak penat kayuh. tapi trip kali ni kami memang tabik spring la kat adi sebab dia boleh follow pace kami walaupun ada dua tiga tempat yang dia kata dia dah nak give up. anyway atas semangat dan mental yang kuat walaupun di saiko oleh membe2, dia telah berjaya complete kan jugak route ni dengan skill yang agak membanggakan. Bravo to you BRO....

masa ni kami berenti rehat jap kat jelintuh..ada anak sungai sikit jadi kami pun basuh la apa2 yang patuh untuk dapat kesegaran sebelum meneruskan kayuhan. layan single track kat sini pun syok gak. cuma distance dia pendek la...tu yang potong stim sikit tu. kalau dapat dalam 3 kilo ke 4 kilo ke single track ni pasti layan habeh nyerrrr.

masa ni aku and adi tengah dok layan tengok air sungai tuu. nak terjun sejuk...so basuh muka je la...

Lepas dari jelintuh kami pun meneruskan kayuhan ke sg jahang sebelum masuk off road ke gua tempurung. masa kat sini boleh tengok muka semua macam unta tak minum air dekat 6 bulan je..panas, bahang, perik tekak semua menjadi asam garam time2 kemarau + jerebu yang teruk ni. waktu ni la kita akan rasa betapa pentingnya alam sekitar tu harus dijaga.

sampai je kat gua tempurung, lepa ni semua bakat balun nasi lemak...aku memikirkan jarak nak balik yang jauh lagi maka aku bulatkan tekat untuk tak makan nasi lemak hari ni. cuma aku p order air saje 3 gelas. punggah semua ni...haha

bila dah layan ayaq sampai 3 gelas nak kayuh balik mula perut boleh buat gendang. macam2 irama ada. kayuh punya kayuh dah dekat nak samapi umah dalam 5 kilo je lagi, syahabat aku dok mula menunjukkan skill john tomac. hati ini terbakar bila kawan2 dok tunjuk skill hebat john tomac. lepa bukan tak tau john tomac tu idol aku dalam sukan mtb ni.

apa lagi tanpa segan silu aku pun nak show off gak la skill aku. buat kali pertama lompat dia tak berapa tinggi. buat sekali lagi tinggi sikit. atas semagat riak yang hebat aku pun layan la skill tu sekali lagi. masuk je kali ketiga sekit je lagi muka aku nak cium jalan tar..nasib sempat tahan pakai tangan. akibatnya....siku ngan lengan kanan aku bercalar, pergelangan tangan kiri terseliuh. bar end total lost....


time jadi leh gelak2 lagi. balik je umah tangan start bengkak. time tu baru sedar betapa Allah bagi ada 2 tangan tu berguna...petang tu jugak p cek kat klinik. nasib Doktor sahkan tak patah ataupun retak...bini aku ape lagi siap gelakkan lagi. dia kata esok buat la lagi. kalau leh lompat lagi tinggi lagi syok...haha. bini aku ni marah2 sayang je...marah2 pun petang tu dia juga yang tolong drive p kedai basikal cari bar end baru nak gantikan yang patah kat aku..bertuahnya dpat bini macam ni...thanz ayang...hehe.

aku leh buat beberapa kesimpulan kat sini. pertama, jangan ride dalam keadaan riak yang tinggi..kedua , jangan nak cuba skill baru depan kawan2...kalau jadi lepa akan kata fuuuyooooo..tapi kalau tak jadi berbakul-bakul kena gelak...haha. satu lagi kalau jatuh ni memang ratus2 la duit akan terbang...haha. modal nak ganti part baru + kos hospital + kos tok bomoh yang tukang urut mana2 yang tergeliat = RM ratus2 la jawabnya.....sendiri mau try sendiri mau ingat la. haha.

anyaway...harap2 dalam seminggu dua ni dah leh kayuh la..badan jadi seram sejuk kalau tak kayuh beskat ni. orang kedah kata macam demam tak kebah...haha...harap2 tangan yang bengkak ni cepat la surut....tak sabaq nak try skill baru lak minggu depan .....

Friday, June 12, 2009

JuSt a few phOtos

It just a few photos from the previous rides to be shared..




Masa ni i tengah climb kat Bukit Jelintuh. Trek ujung2 minggu kami kalau ketagih nak main offroad !!! tu photo beskat keletihan..rider tak letih lagi cuma lidah je dok terjulorrr mintak nyawa...haha


Tengah mandikan kuda tunggangan kat Air Terjun Salu selepas penat ride...memang syok mandi lepas kayuh. then bila nak ride balik mula la rasa nak suruh orang rumah mai angkut pakai keta jaa...




ni lak photo kat puncak Bukit Jelintuh..kalau ride awal pagi2 sempat tengok kabus n you can feel the fresh air ....

XPDC-Radial-MTB

Posted in Cross Country on February 26, 2009 by radialmtb

Jelajah Gua Tempurung-Salu (50km)
on/off-road endurance challenges!

15 Feb 2009 :: Mula – KMPk , Akhir – KMPk (2-ways Trip) :: 08 cyclist

Mael, Nasir, Duang, Dian, May, Man, Faizul, Am

SINOPSIS XPDC

Perjalanan bermula di KMPk tepat jam 8:00 pagi (waktu tempatan). Dikepalai oleh sdr Mael dan diawasi oleh sdr Nasir dan sdr Duan. Berhenti di Stesen Minyak Shell (membeli bekalan makanan, roti dan air mineral) lalu meneruskan perjalanan sehingga stesen hentian pertama, Sungai Jahang (break for 5 minutes). Teruskan perjalanan, dengan menggunakan trek off-road. Trek off-road ini sememangnya memberikan cabaran, terutamanya pada penunggang baru Am, namun alhamdulillah, basikal dikendalikan dengan baik dan tiada sebarang masalah yang timbul.

Tiba di destinasi pertama Gua Tempurung. Berhenti rehat selama 10-20 minit untuk melepaskan lelah dan bersarapan pagi. Selesai bersarapan, meneruskan perjalanan seterusnya, kali ini on-road ke Air Terjun Salu. Perjalanan menjadi agak sukar, kerana rata-rata penunggang lebih menggemari jalan off-road berbanding on-road. Penunggang Am juga mengalami masalah – asyik ketinggalan di belakang, namun tetap mengikuti kumpulan penunggang yang lain walaupun ketinggalan jauh di belakang. Tiba di Air Terjun Salu. Para penunggang yang keletihan, memikul basikal masing-masing ke puncak bukit Salu (menguji endurance physical dan mental). Stesen henti di Air Terjun Salu menawarkan pemandangan yang indah, dan apa lagi, kesemua penunggang beristirehat sambil mandi manda di situ.

Berhenti rehat di Salu selama 20-40 minit, kemudian meneruskan perjalanan pulang semula ke KMPk. Stesen henti kali ini ditetapkan di Sg Jahang sahaja. Am masih lagi ketinggalan di belakang sementara penunggang yang lain meneruskan kayuhan sehingga sampai di simpang masuk Gua Tempurung (tunggu Am) kemudian berhenti sekali lagi di Gua Tempurung (tunggu Am). Apabila memasuki off-road, sdr Nasir, sdr Wan, sdr Faizul bergilir-gilir menjadi point-check untuk Am, inilah semangat setiakawan yang perlu dicontohi, dan ini juga membangkitkan semangat penunggang Am untuk terus berkayuh sampai ke destinasi di Sg Jahang. Berehat di Sg Jahang selama 10-15 minit. Kemudian meneruskan perjalanan pulang ke KMPk.

Persediaan awal sebelum memulakan perjalanan….yang pakai baju merah angkat tangan (Mael) bagi instruction sikit..muka sorang2 tu Duang.

Berhenti sekejap di Sungai Jahang….Lepak atas jambatan….sebelum meneruskan perjalanan off-road

Berehat sekejap, masa ni Am ambil gambar…gambar dia takde…laluan berpasir (dalam jugak la, kawasan lombong) susah juga nak kawal basikal

Ha…nie dia Am. Sempat candid 2 gambar je…dia ni kira ahli baru merangkap photographer la, pakai nikon SLR camera…berat..tu yang tinggal belakang…namun tahniah kerana berjaya menamatkan xpdc

Bergambar berhampiran kaki gunung…hampir dah ke destianasi 1, iaitu Gua Tempurung

Sampai Gua Tempurung….kami tak bergambar….cuma ada pemandangan disitu…kalau tgk betul2 ada la gambar basikal bergelimpangan keletihan…tuan2 basikal dok menjamu selera / minum air

Setelah penat berkayuh…sampai gak di air terjun sungai salu…..mari mandi OOOOooooOOoooo

Gambar basikal Am…paddle patah…walaupun macam tu Am tetap dapat mengikuti (tak kira last sekali pun) “bicycle doesn’t matter

taken from ______http://radialmtb.wordpress.com/