Saturday, August 8, 2009

Antara Gapi..Here i came!!!

Salam kepada semua rider. Just nak berkongsi kayuhan semalam. Aku ada ajak Mr. Duang ngan Nasir kayuh. Nasir awal2 lagi kata tak leh join sebab nak p borong barang2 dapur kat tesco. Duang lak telepon tak angkat2. Nampak gaya petang ni kayuh sorang je la.

Aku dah bulatkan tekat, macam mana pun aku kena kayuh gak. Al maklumlah aku stop kayuh ni dekat seminggu lebih dah. Nak tak nak kena ride gak. Kalau tak, alamatnya akan ada orang jadi Badang sebab kena makan muntah hijau aku kat kayuhan gapi esok. Target aku ari ni just kayuh main dekat bukit kolej je..Boleh dapat 5 round bukit kolej tu jadi la...pergi balik kolej ke umah aku plus main bukit tu leh la dapat dalam 15 km...Cuma aku dok rasa kuda tunggangan aku tak berapa sihat la masa kayuh smalam. Crank dia bila aku henyak panjat bukit dok bunyi nyot nyet nyot nyet. Sakit jiwa dengar bunyi tu. Nak hantar servis tak sempat dah sebab keja. Tawakkal je laaa...

Sempat gak snap sekeping gambaq lepas tamat 5 round Bukit Kolej. Pancit siot lama tak kayuh. Yang jadi mangsa tolong ambek gambaq Pak Guard kolej aku laaa..hehe

Kuda tungganganku yang aku nak kena bela dan bagi makan sebelum kayuhan Antara Gapi esok.. Hang jangan dok buat perangai masa aku kayuh dah la...

Aku dah tengok route kayuhan gapi tu dalam map. Naik seram sejuk juak badan bila tengok topografi bukit2 dia. Beginner macam aku ni kalau tak kena gaya, mau tak abeh kayuh. Macam manapun, keterujaan nak kayuh tu tetap tinggi. Nafsu nak mendaki tu tetap ada. Cuma tak tau la kaki ni merangkap kuda merah aku tu leh abeh kayuh ke tidak esok.

Perasaan tak sabar nak jumpa rakan2 rider tu memang membuak2. Al maklumlah baru kali pertama nak join fun ride macam ni...Slalunya, kayuh tu main2 je. Lebih kepada santai n syok2 sendiri je. Kali ni kena abehkan dalam 3 jam aku tak pasti la leh buat ke tak...yang pastinya kayuh tetap kayuh...Cuma aku doakan aktiviti kayuhan esok akan berjalan lancar dan harap2nya semua rider yang datang tu bebas dari wabak H1N1 lah hendaknya.

Pak Guard yang baik hatinya tolong snap gambaq kat aku tadi. Thank you bro..Jasamu dikenang...


To all rider, harap2 esok leh la enjoy sama2 layan trek gapi tu....see you there n Wassalam...


***Target aku untuk kayuhan GAPI esok hanya untuk habehkan kayuhan dengan hati yang GUMBIRA tanpa keluar MUNTAH HIJAU jerrrrrrr....huak huak huak...

No comments:

Post a Comment