Tuesday, August 25, 2009

Rider RADIALMTB @ NELAYAN kolam bayaq

Salam...Lepas je balik dari Kayuhan Antara Gapi ari tu, semua aktiviti kayuhan terbantut seketika. Bukannya apa, semuanya gara2 puas gila kayuh kat gapi dan terus sambung ngan cuti semester kolej aku...dengan tak semena mena aku bertukar menjadi nelayan amatur sekejap. Hehe. Nelayan kolam bayaq. Walaubagaimanapun, jiwa dan raga ni, bak kata orang putih my heart and soul masih lagi meletakkan aktiviti kayuhan sebagai keutamaan bagi aktiviti2 outdoor aku...kepuasan kayuhan tu lain macam sikit... Aktiviti memancing pulak hanyalah satu minat yang tak boleh dibuang sejak dari kecik lagi. Al-maklumlah, budak kampung. Datuk Lat kata "kampong boy".

Kolam Bayaq yang aku sempat pi dekat tiga empat kali dalam cuti mid sem ni. Cantek bukann. Tapi nak naik sekoq ikan pun berejam. Kadang2 cekelat angin ja balik...

Ni la Jeti Sg. Merbok dekat Semeling. Memang cantek memang buat hati jadi tenang. Adik aku la (angah) yang snap gambaq ni...Macam kat Langkawi pun ada...menjadi gak tangan hang ambek gambaq noo angah.. hehe

Antara kolam yang sempat aku pi kat gopeng ni mengenakan bayaran RM 12 untuk 2 jam. Boring punya pasal layan je la...bayaq pun bayaq la...janji layan....Then masa aku balik ke kedah ari tu pun sempat gak la aku berkunjung ke jeti Sg. Merbok dekat Semeling tu. Tempat dia memang lawa@cantik. Memang sesuai untuk relex2 di samping melepaskan penat lelah bertungkus lumus di tempat kerja yang dah nak masuk hampir separuh semester untuk student2 ambilan 2009/2010 ni. Kadang2 stress gak dengan kerja dan karenah budak2 kat kolej tu. Anyway, tugas aku tu tetap satu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul untuk memastikan anak2 bangsa, terutamanya anak2 melayu ni tak tercicir dalam arus kemajuan. fuyooo...macam ayat ahli politik lagi la...huak huak huak.

Gaya nelayan kolam bayaq...hehe

Antara anak ikan raja berjaya di daratkan.

Tugas tetap tugas, memang perkara yang harus dilaksanakan dengan sebaik dan seiklas mungkin. But sometimes we need to release our tension right. Dan untuk diri aku, the best way to relax are by cycling and fishing...



Antara ikan pedukang yang menjamah umpan

Ni dia adek sepupu aku. Raja Bedukang. Duduk tak dan 3 minit dah naik bedukang dekat sekilo lebih masa kami mancing kat Jeti Sg. Merbok..



Rata2 ikan yang menjamah umpan kat jeti ni adalah bedukang dan gelama. Lepa kata siakap merah pun ada...

Ibunda ku yang tercinta semasa di Jeti Sg. Merbok

Hat ni pulak, buah hati aku @ wife tersayang

Masa ni tengah hujan kat jeti tu. yang kecik kat bawah tu sapa lagi kalau bukan pahlawan cangkul aku, Danial Hafizi. Bakal pengganti Azizul Hasni. Hehe...


Last but not least, Catch of The Week. Rohu sekilo setengah lebih..syok gak layan ikan ni..

misi menjadi nelayan kolam bayaq akhirnya tercapai...

Sekian, Wassalam.....

1 comment:

  1. Ni kalau sham ada best ni. Bila-bila kita pi memancing dekat kelong mana-mana 3-4 hari.

    ReplyDelete