Thursday, October 1, 2009

NEW MERIDA 2010 vs CORRATEC...meleleh ayaq liyoq aku..

Salam...
Smalam saja ja la bukak website merida. Bila tengok MERIDA O.NINE CARBON RACE SERIES rasa macam nak sambaq ja satu. Geram tengok. HARD TAIL yang paling bekenan model ni la ...

MERIDA O.NINE 3000-D

Tapi kalau carbon series yang paling lepa rekeman model O. NINE XX. Cuma yang tak syoknya model ni pakai groupset SRAM..Aku ni jenis yang suka pakai barang JEPUN. Macam mana Syok SRAM pun SHIMANO jugak lah yang tetap dihati. Bukan apa sebab slama ni memang dah banyak pakai barang SHIMANO so dah reti la sikit2 nak setting barang2 dia berbanding SRAM..itu saja la sebab yang syok pakai SHIMANO tu..hehe

MERIDA O.NINE XX

Lagi satu brand beskal yang menarik perhatian aku ialah CORRATEC. Tengok ke design frame dia macam mengancam gak...ramai yang review kata frame ni memang syok bila climbing n downhill. Takpa2 hang tunggu...mana lah tau Datuk Seri Najib baik hati bagi bonus tahun ni. Leh la di pertimbangkan jugak frame SUPER BOW WORLD cup dia. Tanya dalam BBS baru dalam RM 2400 plus2 jerrrrrr..

CORRATEC SUPER BOW WORLD CUP

Apa2 pun, beskal2 ni hanya mimpi dan angan2 aku ja la. Kadang2 boleh buat tak tidoq malam kalau terus dok pikiaq. Kalau nak beli memang tak mampu. Nak cari mana duit. Harga beskal nak sama naik dengan harga sebiji kancil. Kalau buat gila pi beli jugak mau bini suruh aku tidoq dalam stor ngan beskal. hehe....Anyway, dalam hidup ni tak salah untuk simpan cita2 dan berangan. Lagipun, cita2 dan angan2 bukan kena bayaq. So, tak rugi kalau nak simpan cita2 and angan2 ni. Manalah tau bermula dengan angan2 ianya menjadi kenyataan. Bak kata orang putih, ni la yang dikatakan "THE POWER OF DREAMS"...hehhhh

1 comment:

  1. Alang-alang beli terus yang paling mahal.Seumur hidup sekali saja.Yang harga Rm2,400 tu pulak beli dekat Danial.Bakal baby yang lahir hujung bulan ni dapat Meridia yg hang pakai sekarang.

    Lepas tu sure tiga beranak Ikin suruh tidur dalam stor.Huak huak!

    Zul

    ReplyDelete