Friday, January 22, 2010

Rezeki, Ong atau Kebetulan......

Salam..
Baru-baru ni saja buat gatal2 tangan pergi beli lagi sebijik mesin pancing walaupun kat umah dah ada 10 bijik mesin pelbagai jenama. Kalau kaki2 pancing kolam mesti familiar dengan mesin Tica Hawk 554 ni. So, aku pun try la beli sebijik mesin katak tu dari seorang otai ni...Bukannya apa, minggu lepas adalah mid term break kolej aku. Seminggu cuti, aku ni kalau tak kayuh beskal aku kayuh rod pancing ja time2 cuti macam ni...haha....Sebelum ni aku dah ada sebiji Tica 553 tapi standard punya. Masih belum dimodified jadi katak dan aku hanya simpan buat koleksi ja....

TICA HAWK 554 crazy frog aku...haha

Yang aku syoknya bukan apa, mesin ni bunyi dia memang layan. Ikan pulak yang naik, boleh la tahan saiznya...Tu yang aku msg Otai yang jual mesin ni. Aku kata mesin dia memang ada ong. Mesin ni jual siap dengan pakej Jampi Tarik Ikan kot...hehe. Anyway, aku masih mencari supaya boleh naikkan saiz2 ikan yang 10 kilo keatas dengan mesin ni. Baru betul2 gopeng menjerit...

Antara ikan2 yang berjaya aku daratkan setelah 2 kali guna mesin crazy frog tu..hehe..


Setakat ni pelaburan beli mesin tu aku anggap berbaloi sebab 2 kali guna dah boleh naikkan 10 ekor ikan. Kira ok la bagi nelayan amatur macam aku ni. hehe...Anyway, segalanya yang datang adalah rezeki dari Allah swt. Cuma apa2 pun usaha dan persiapan mesti ada. Kalau orang berperang guna nuklear tapi kita guna meriam buluh macam mana nak menang. Sama jugak dengan Cycling dan memancing ni. Senjata kena ok baru boleh layan...haahaaa.

##Minggu ni ingat nak layan kayuh sampai Post Slim tempat orang asli yang nak naik ke Cameron Higland tu hari ahad. Tapi geng2 Radial MTB nak layan hari Sabtu. Aku pulak sabtu dan janji nak bawak anak bini pi mandi di Lost World, alamatnya kayuh sorang2 la tranning utk pertandingan kat Sri Iskandar bulan depan...huhu

1 comment:

  1. Sedap buat masak lemak tempoyak atau asam pedas ni. Berasapp!

    ReplyDelete