Friday, July 31, 2009

FUN RIDE (anugerah stamina kambing)

Lepas je kelas tutoran tadi ada students panggil aku. "Sir, ujung minggu ni kita kayuh masuk hutan nak". Dalam hati aku korang ni biar betul. Tup2 ajak aku kayuh main offroad. Then aku reply..."sekarang ni macam ni la...kita tak payah kayuh main offroad lagi. Petang ni kita try layan bukit2 yang ada dalam kolej ni je dulu". Bukannya aku tak nak ajak student2 aku ni main offroad, aku takut ramai yang pancit tengah2 hutan nanti. Sebab main mtb ni tak semudah yang disangka. Tambah2 bila masuk hutan, memang perlu ada skill sebab dia bayak main technical sikit. Anyway, syabas la pada korang semua yang bersemangat nak kayuh demi meramaikan makhluk2 yang menggilai dunia basikal ni...haha

So, petang tadi aku just kayuh suka2 ngan student2 kolej aku dalam kolej je la. Sebelum kayuh aku ada explain sikit kat lepa ni semua tentang macam mana nak main gear yang sesuai terutamnya bila naik bukit. Bukan apa, dalam stor basikal tu aku tengok ada 3 empat biji basikal tercabut gear nya. Budak2 kolej aku ni pakat naik beskal ka pakat dok gigit beskal sampai jahanam habeh gear2 beskal tu...haha

Satu lagi mission aku hari ni, just nak identify student2 yang berpotensi untuk di bawa main offroad meredah bukit n hutan sekitar GUA TEMPURUNG...the rider must be strong enough in term of mentally and physically before they can join us. Kalau dak akan ada yang krem la, pitam la tengah hutan, sapa yang susah. Aku jugak yang susah...hehe

Tak kusangka2, pada asal yang kata nak kayuh dalam 6 orang ja..Sekali yang datang dekat 30 orang. Nah ambek kau...pada mulanya semua nampak mempunyai semangat yang kental..Masing2 gayanya macam dah 20 tahun dok berkecimpung dalam dunai beskal. Tapi tunggulah sekejap lagi. Akan aku paparkan muka2 yang pakat dok minta nyawa masa climbing dekat bukit dalam kolej ni. Tak kurang jugak muka2 yang baru kayuh satu round bukit kolej dah pakat bertenggek tepi kafe pi cari ayaq konon nya nak gantikan petrol yang dah abeh.

Sebab tu la dari awal lagi aku dah kata, beskal ni tak semudah yang disangka. kalau tak kena gaya mau rasa nak meraung minta nyawa terutamanya bila climbing. Tapi it was very fun ride. Macam2 gaya ada petang tu. Gaya mengayuh, mendaki dan paling hebat sekali gaya menolak sambil control hensem lagi ayu la. Tu la gaya yang paling mahai. Nasib la tak dak gaya tergolek dog je. Kalau tak lagi syok!!! Ramai2 pakat boleh lawan gelak. Last two months ada seorang student kat sini pecah kepala main beskal sebab tak pakai helmet. So, satu pengajaran kat sini..."NO HELMET NO RIDE".

Ni la sebahagian photo2 yang sempat aku snap petang tu. Gambaq2 rider yang baru nak melangkah ke dunia basikal..anyway, it was a very fun ride....

masa ni semua tengah dok cari kuda2 tunggangan yang sesuai. Kebanyakan yang ada semuanya kuda padi. Semua beskal kecik2 saiz S jerrrr..

Abg kita ni tengah bergaya dengan kuda tunggangannya...Control nampak bro...

Gambaq ni antara photo yang termahal. Aku berjaya snap masa amir tgh dok warming up. Air-cond tu jaga sikit amirrrr..

Nasib la ada sorang kakak misi yang pakai baju PBSM join kami ptg ni. Bukan ape just kot2 ada rider2 yang pengsan. Hehe...

Tak abeh2 dok control hensem hero hindustan kita ni....Brother yang belakang tu muka luu memang ganas la. Macam rider Profesional je...

Makcik dua orang ni sempat dok mengumpat lagi sebelum kayuh...Mengumpat kat sape tu kak?

Waktu ni tengah dok tunggu rider2 ambek beskal.

Gaya, mutu keunggulan...

Rider2 tengah dok dengar taklimat dari aku untuk fun ride petang ni..Semua nampak bersemangat untuk habehkan 5 round pusing kolej ni..haha....

Cik adik lin kita ni tak abeh2 dengan senyuman nya. Kejap lagi hang pa tau la langit tu tinggi ka rendah...huak2......Senyum jangan tak senyum!!!!

Semua pakat dok control ayu lagi time ni masa sebelum memulakan kayuhan. Jeng2... Kayuhan pun bermula..Mari kita saksikan siapa yang bakal mintak nyawa dan siapakah yang bakal memenangi anugerah STAMINA KAMBING (geng pancit awal) dan STAMINA UNTA (geng fitness ok) yang aku telah wujudkan....

Tu dia...Antara rider yang mula menolak beskal...Sapa lagi kalau bukan wakil klate kita niii...Guane mu ni Joe. BERAT2 kate orang klate...

Dan ramai lagi mula menolak sambil dok senyum kambing. Masa ni aku ngan Mr. Nasir terpaksa berhenti tunggu rider2 jap. Bukan ape, takut kalau kalau ada yang tumbang je masa panjat bukit ni. Nampak sayup2 je kat bawah tu. Sape makcik2 ni....Persoalan yang harus dijawab tu... Kejap2 nak ZOOM gambaq lepa ni...

Nah ambek kau...Sekarang ni orang naik beskal ke basikal naik orang ni...Takpe akak2. Usaha tangga kejayaan. Mental kena kuat jerr pasti MALAYSIA BOLEH.....haha

Check Point pertama. Semua Rider berjaya menamatkan kayuhan sehinggalah ke Bukit Apollo (tangki air)

Gambar kenang-kenangan dibawah APOLLO 13 Kolej kami..


Masa ni lak baru je mendaki Bukit tangga di tepi padang bola. main tecnical sikit la. Hanya 5 orang je rider yang lepas..to those who pass....Syabas inspektor syahab..Yang tak lepas cuba lagi next time...

Dilimpahi cahaya matahari petang..
Wan dengan gayanya yang tersendiri. Posing posing jugak. Tongkat tu jangan lupa angkat...kang tergolek dog kang...


Selepas 3 roung ini sahaja rider2 yang tinggal. Yang lain hilang tanpa dikesan...tewas ditengah jalan..hancus..stamina kambing. Yang berjaya tahniah...Anda akan menerima pingat anugerah STAMINA UNTA yang akan disampaikan di dalam kelas tutorial...

Ni antara rider2 yang berjaya menamatkan kayuhan. Muka penat tapi puassss...

Rider2 wanita yang tak abeh2 dok berehat. Talipon sape tu kak. Bagi tau kat mak ke dah berjaya panjat bukit kolej. Hehe...

Mak Long kita ni kira minum je...minum, gelak, minum, gelak...Kesimpulannya...penat gelak je dari kayuh beskal...

Wan ngan Hafiz dok buat posing manja lak. Macam hero zaman cerita P.Ramlee dulu2 jeeeeer

Aktiviti berbasikal ke aktiviti minum petang ni Kak Long....

Pakat terlentang kepenatan.

Lain kali aku nak charge 5 kupang kalau sapa2 nak posing tepi beskal aku....

Gaya Beskal Pinjam dari Wan Klate...

Abang kita ni tengah mengenangkan kejaya diri sendiri. Tak sangka aku berjaya abehkan pendakian ari ni...Lepas ni, target aku nak panjat Gunung Kinabalu lak guna beskal kolej..Biar betul bang!!! hehe


Dan last but not least, photo of the year...TIGA ABDUL...ni la rider yang paling last menghabehkan kayuhan...Lepa ni pemenang anugerah STAMINA KAMBING yang telah aku wujudkan...

Anyway...aku enjoy sangat2 melihat telatah2 student aku petang tu. Memang betol2 FUN RIDE. Next time kita aturkan lagi kayuhan suka2 macam ni... Hope that everyone will learn something from the ride. Physically and mentally should be strong. That would be the key to success in life...NO PAIN NO GAIN!!!



3 comments:

  1. Aktiviti yg bagus untuk mencari generasi penerus..keep up the good work bro!

    ReplyDelete
  2. Kayuh basikal especially panjat bukit ni memang penat. Rasa panas kepala lutut time mengayuh panjat bukit.

    ReplyDelete
  3. Fuyo...semangatnye plajar KMPK...Aktiviti sebegini memg menarik dan perlu diteruskan utk mngelakkan aktiviti kuak lentang brleluasa d kalangan plajar kmpk..wlau apepun stamina yg dgunakn,samada kambg ke,arap arap lpasni bleh brtukar mnjadi stamina harimau bintang...(jgn mrh...gurau je...)

    ReplyDelete