Monday, December 21, 2009

GPS ride...malang tak berbau....

Salam...
Aku frust betul sebab last2 minit terpaksa cancel trip GPS ujung minggu ari tu. My wife kena keracunan makanan termasuk lah aku gara2 pi makan kenduri kat kampung. Siap dah setup beskal n dah pakai baju dah pagi tu. Then wife kata leh tak jangan kayuh pagi ni sebab dia tak larat nak jaga anak sorang2. So, aku pun decide untuk cancelkan kayuhan pagi tu.

Nasir n the geng je la yang kayuh...tup2 dalam kul 10.30 pagi Mr. Duang call kata adik nasir jatuh masa tengah layan downhill n mungkin patah jari. So, aku pun pi la tengok. Then aku tolong antar ke Hospital kampar. Lepas je X-ray memang retak nak mislocated satu jari dia...Biasa la asam garam main MTB. Ni ake selitkan sebahagian gambar trek yang aku tak leh layan ari tu.....




Memang syok layan trek2 hutan yang masih dara macam ni. Nak kena repeat balik trek ni....


Antara rider2 yang turut serta. Yang di tengah tu Kent yang sanggup turun dari KL...




Jari tu la yang retak tu...Semuanya Cobaannnn...Hang jangan serik main beskal dah la...

Blogger bersama anakanda datang menghulurkan bantuan pada mangsa kejadian...hehe...Ada hikmahnya aku tak kayuh ari ni......nak jadi penyelamat rupanya....haha..

Wassalam..

Friday, December 11, 2009

Danial Hakimi....

Salam..
Pejam celik pejam celik dah hampir nak masuk 2 bulan dah umur putera keduaku. My wife pun sekarang ni dah lepas pantang dah. Alhamdulillah semuanya sihat dan bertambah ceria. Just nak upload sikit photo my second baby untuk tatapan semua. Mudah-mudahan Danial Hakimi sentiasa sihat dan akan menjadi seorang anak yang soleh hendaknya. Amin.....

Masa ni Hakimi belum bercukur lagi. Baru dalam enam hari. Masih demam kuning lagi...


Ni lak kimi lepas bercukur. Ikut muka sapa pun tak tau. Yang pastinya kulit ikut pak dia la..Putih merelit...hehe

Ni la photo terkini kimi..Makin bulat n sayu je muka. Tak sabaq nak tunggu anak2 besaq. Boleh ajak pi kayuh offroad n touring sama2. Akan kusediakan satu set THULE atas keta untuk gantung beskal kami bertiga satu hari nanti....hehe


Wassalam....


Thursday, December 10, 2009

Nelayan Laut Cetek...


Salam...aku rasa sekarang ni kuda merah tonggangan aku @ beskal MERIDA kat umah tu mesti tengah dok panas n hangin dengan aku. Apa taknya. Dah banyak minggu sangat aku tak ride beskal tu. Asyik dok jadi nelayan jer. Hujung minggu lak balik kampung tengok anak2 kat kampong. Weekdays asyik hujan je sekarang ni, so terpaksa la jadi nelayan amatur. Semalam pergi buat gila mancing sorang2 kat kolam tu lagi dan hasilnya memang memuaskan la. Sekor patin berskala 3 kilo dan 2 ekor rohu berskala 2 kilo berjaya didaratkan. Puas sampai berpeluh-peluh jugak layan ikan2 ni bila pakai rod udang aku tu...Jadilah, tak dapat peluh kayuh beskal tapi berpeluh kayuh mesin pancing pun syok jugak....hehe

Wednesday, November 18, 2009

Beskat Dolu2 ( Old School Bicycle )

Salam....
Tengok gambar beskat dulu2 dalam google image macam menarik jerr. Tu yang saja nak post gambaq dia tu. Macam mana la kalau beskat ni kita pakat guna main offroad...mau tergolek dog jatuh dalam gaung...haha


Anyway, to MR. Duang CONGRATULATIONS sebab berjaya mendapat tempat ke 14 dalam Gopeng Peanut Search ( GPS ) baru2 ni. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan dari kami geng2 RADIAL MTB yang baru setahun jagung berkecimpung dalam dunia MTB ni. To Mr. Nasir lak jangan bersedih, lepas ni kita tranning kuat2 untuk next jamboree. Kita ikat Anjing sekor belakang beskal comfirm kita boleh kalah kan MR. Duang nyer...haha....

Nelayan Kolam Bayaq Siri II

Salam....
Memandangkan seminggu dua ni hari2 hujan lebat pada waktu petang di sekitar Gopeng, maka aktiviti kayuhan aku asyik tertunda jer...basikal pun sampai naik berabok dalam stor...duduk rumah pun boring gila sebab my lovely wife and sons semuanya berpantang dikampong. Mati kutu siot bila dok rumah sorang2. Kalau ada anak boleh la jugak layan telatah dia yang semakin aktif tu...Jadi untuk mengelakkan rasa BORING tahap cipan kat rumah maka sekali lagi aku bertukar menjadi nelayan Kolam bayaq kat sini. Dah dua malam aku dok bertapa kat kolam tu. Malam petama berjaya aku daratkan ikan rohu hampir 2 kilo lebih. Malam semalam pulak memang syok sebab patin yang telah menjamah umpan. Menjerit rod pancing aku bila patin bawak lari tali...patin la ni pun dah pandai macam mat salleh dah. Umpan pun nak roti Gardenia jer...ni dia gambaq ikan2 yang berjaya didaratkan...

Ikan Rohu yang berjaya di daratkan malam pertama.

Patin yang telah memberikan sentapan liarnya semalam...syok dan puas layan ikan ni...


# Bila la nak boleh layan kayuh beskal balik ni kalau hari2 asyik dok hujan aja...